mai.. mai.. mai.. cik kak cik adek cik abang..... tengok resipi roti john..... sedap hingga menjilat jari-jari jemari...
bahan-bahan : untuk 1-2 orang makan
2 keping roti hotdog (dibelah dua tapi jangan sampai putus. Sapukan dengan sedikit mentega jika suka)
bahan inti :
2 keping beef/chicken burger (direbus sampai lembut dan dilenyek)
2-3 biji telur (dipukul sedikit)
1 sk serbuk cili
hirisan bawang besar/Holland
hirisan daun sup
1/2 sudu makan sos cili
sedikit garam jika perlu (xyah buh xpa)
Cara-cara :
Panaskan sedikit mentega/minyak masak di dalam kuali leper. Kemudian dadarkan adunan telur tadi.
Tekapkan roti di atasnya sebaik sahaja telur hampir kering. Angkat dan terbalikkan roti. Kemudian hiaskan dengan hirisan kobis, bawang besar, tomato, sos cili dan mayonis. Ikutlah citarasa masing-masing.
Sedia untuk dimakan...
DARIPADA kongsiresepi.com...
No comments:
Post a Comment